Paramount Pictures telah memperlihatkan trailer rasmi filem animasi terbaharu mereka, iaitu Paws of Fury: The Legend of Hank. Filem animasi komedi bertemakan seni mempertahankan diri itu dibintangi oleh Michael Cera dan Samuel L. Jackson, dan akan ditayangkan di pawagam bermula 1 September 2022. Saksikan trailer Paws of Fury: The Legend of Hank di bawah:
Paws of Fury: The Legend of Hank menampilkan lakonan suara dari pelakon hebat seperti Michael Cera (sebagai Hank), Samuel L. Jackson (sebagai Jimbo), Ricky Gervais (sebagai Ika Chu), Michelle Yeoh (sebagai Yuki), Djimon Hounsou (sebagai Sumo), Mel Brooks (sebagai Shogun), George Takei (sebagai Ohga), Gabriel Iglesias (sebagai Chuck), dan Aasif Mandvi (sebagai Ichiro).
Berikut adalah sinopsis rasmi Paws of Fury: The Legend of Hank:
“A hard-on-his-luck hound Hank finds himself in a town full of cats who need a hero to defend them from a ruthless villain’s evil plot to wipe their village off the map. With help from a reluctant teacher to train him, our underdog must assume the role of town samurai and team up with the villagers to save the day. The only problem… cats hate dogs!”
Paws of Fury: The Legend of Hank diarahkan oleh Rob Minkoff dan Mark Koetsier, dan sedikit sebanyak mengambil inspirasi dari filem Blazing Saddles (1974) arahan Mel Brooks.
Post a Comment