Doctor Strange In The Multiverse Of Madness merupakan filem terbaharu dalam senarai filem MCU, dan akan ditayangkan tidak lama sahaja lagi. Setelah melihat trailer yang telah dikongsikan sebelum ini, dan dikhabarkan skala watak-watak yang dijangka tampil dalam filem itu, sudah semestinya ianya akan memakan masa tayangan yang panjang, kan? Walau bagaimanapun, Marvel Studios nampaknya telahpun mengumumkan waktu tayangan filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness, dan nampaknya ia tidaklah sepanjang seperti yang dijangka.  

BERKAITAN: Trailer Doctor Strange in the Multiverse of Madness Diperlihatkan, Ada Professor X!

Marvel Studios mengumumkan yang waktu tayangan rasmi Doctor Strange In The Multiverse Of Madness adalah 2 jam 6 minit, dan bermakna ianya 10 minit lebih pendek dari filem Doctor Strange (2016). 

Nampaknya agak mencabar juga untuk filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness memuatkan semuanya dalam tempoh 2 jam 6 minit nanti. Manakan tidak, sesuai dengan tajuknya, Doctor Strange akan berhadapan dengan beberapa versi dirinya yang berlainan dari dunia berbeza, selain dikhabarkan akan menampilkan juga watak-watak superhero Marvel yang juga pelbagai versi, akibat kejadian di penghujung filem Spider-Man: No Way Home (2021) yang menyaksikan portal dunia-dunia asing terbuka akibat mentera yang diaktifkan oleh Doctor Strange sendiri atas permintaan Peter Parker.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan ditayangkan di pawagam mulai 4 Mei 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post