Apabila salah seorang pakar bedah terkemuka Korea dipenjarakan dan dilucutkan lesennya berikutan kematian pesakit yang tidak dijangka, dia terpaksa berhadapan dengan prosiding mahkamah untuk melindungi orang lain daripada nasib yang sama, di samping mendedahkan kebenaran di sebalik sabitan kesalahan yang dihadapinya. Begitulah kisah yang ingin ditampilkan dalam siri Doctor Lawyer, iaitu siri terbaharu di Disney+ Hotstar yang akan mula ditayangkan mulai 3 Jun 2022.



Sinopsis siri Doctor Lawyer adalah seperti berikut:

Bagi bekas pakar bedah terkenal, Han Yi-han, tiada yang lebih penting daripada menyelamatkan nyawa pesakitnya. Merupakan pelajar pintar dalam kelasnya dan juga doktor termuda di negara itu yang mendapat pensijilan berganda, Yi-han menggunakan pengalamannya untuk menyelamatkan nyawa penduduk bandar itu. Malangnya dalam usahanya untuk untuk menjadi ketua pakar bedah yang baharu, beliau dipersalahkan atas kematian seorang pesakit, selain berhadapan pula dengan kes kehilangan secara tiba-tiba seorang lagi pesakit. Disebabkan itu, lesen amalan perubatan Yi-han dilucutkan, menyebabkan beliau bertekad untuk membongkar kebenaran dan membersihkan nama baiknya. Dengan tiada cara untuk mengamalkan perubatan, Yi-han bertukar pakaian, mengenakan sut penuh dan kali ini menjadi peguambela yang berjuang untuk melindungi hak doktor yang teraniaya - walaupun ia bermakna kerap bertelagah dengan ketua pendakwa Bahagian Jenayah Perubatan Seoul yang juga merupakan bekas tunangnya, Geum Seo-kyeong.

Doctor Lawyer dibintangi oleh So Jisub sebagai Han Yi-han, Lim Soohyang sebagai Geum Seo-kyoung, dan Shin Sungrok sebagai Lee Jayden. Doctor Lawyer ditulis oleh Jang Hongchul dan diarahkan oleh Lee Yongsuk.

Ditetapkan untuk debut di Disney+ Hotstar pada Jun ini, Doctor Lawyer boleh ditonton mulai 3 Jun 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post