Melihatkan sambutan demi sambutan yang diterima terhadap siri-siri TV yang ditampilkan di Disney+, Marvel Studios kini dilaporkan akan membawakan satu lagi superhero mereka ke layar TV, iaitu Wonder Man.

Menurut laporan oleh The Hollywood Reporter, pengarah Destin Daniel Cretton (yang mengarahkan filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings) telah bekerjasama dengan dengan penulis merangkap penerbit Andrew Guest (yang terkenal melalui siri TV Brooklyn Nine-Nine dan Community) untuk menghasilkan siri Wonder Man.

BERKAITAN: Trailer Ms. Marvel Diperlihatkan - Bakal Strim Di Disney+ Pada Jun Ini

Pembangunan siri Wonder Man masih di peringkat awal, dan masih belum ada perincian rasmi tentang siri tersebut dari Marvel Studios. Sekiranya perancangan ini berjalan lancar, dijangkakan yang penggambaran awal akan dimulakan seawal tahun 2023.

Wonder Man merupakan salah satu watak superhero terawal dalam senarai superhero Marvel, dan kali pertama diperkenalkan pada 1964 dalam salah satu komik pasukan Avengers. Ianya dperkenalkan oleh Stan Lee, Don Heck, dan Jack Kirby. Wonder Man mempunyai set kuasa seperti superhero lain iaitu kekuatan, kelajuaan, stamina, ketahanan, refleks dan kelincahan yang dipertingkatkan. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post