Selepas beberapa bulan menjalani penggambaran, filem Blue Beetle terbitan Warner Bros. kini selesai menjalani penggambaran! Perkara itu diumumkan oleh pengarahnya, Angel Manuel Soto melalui Instagram peribadinya. Filem menampilkan superhero berbangsa Latin itu menampilkan pelakon Cobra Kai, Xolo Maridueña yang memegang watak utama sebagai Jaime Reyes/ Blue Beetle.

Walaupun sinopsis rasmi Blue Bettle belum didedahkan, tetapi dapat dijangka yang ianya akan menelusuri kisah kehidupan superhero Jaime Reyes, seorang remaja berbangsa Amerika-Mexico yang tinggal di El Paso yang menemui alien scarab dikenali sebagai Blue Beetle. Scarab Blue Beetle itu 'melekapkan' dirinya di tulang belakang hosnya, dan memberikan keupayaan kepada hosnya untuk menggunakan sebuah sut unik yang boleh memberikan kuasa luarbiasa dan menghasilkan senjata canggih mengikut kehendak hos tersebut. 

Selain Maridueña, filem Blue Beetle turut dibarisi pelakon-pelakon seperti George Lopez, Harvey Guillén, Belissa Escobedo, Bruna Marquezine, dan Susan Sarandon yang melakonkan watak penjahat utama, Victoria Kord yang sebelum ini dilaporkan bakal dilakonkan oleh Sharon Stone. Selain itu, watak lain yang akan muncul dalam filem ini adalah Raoul Max Trujillo sebagai penjahat bernama Carapax the Indestructible Man. Masih belum dapat dipastikan samada Ted Kord, iaitu hos pertama Blue Beetle dalam komik, akan membuat penampilan dalam filem ini nanti. 

Seperti mana MCU, nampaknya DC juga telah mula mengorak langkah untuk menampilkan superhero mereka dari pelbagai latar etnik untuk membuat penampilan dalam filem. Ini merupakan kali pertama watak superhero Latin ditampilkan dalam filem. Pasal asalnya, filem DCEU ini dijadualkan untuk tayangan di HBO Max bersama-sama Batgirl, sebelum Warner Bros. membuat keputusan untuk menayangkannya di pawagam. 

Buat masa ini, filem Blue Beetle dijadualkan untuk tayangan pada 18 Ogos 2023. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post