Kemunculan mutant dalam filem MCU akan datang nampaknya semakin tidak dapat dibendung, semenjak kemunculan Profesor X dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, dan pendedahan di penghujung siri Disney+ Ms. Marvel yang memberi bayangan bahawa Kamala Khan adalah sebenarnya seorang mutant.
Kini menurut laporan terbaharu dari portal Deadline menyatakan apa yang peminat boleh nantikan dari pengumuman yang bakal dibuat di acara San Diego Comic-Con, berkemungkinan adalah seperti projek-projek filem berkaitan Fantastic Four, Blade, Guardians of the Galaxy Vol. 3, The Marvels, dan filem yang dikenali sebagai The Mutants.
Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan samada filem tersebut akan menampilkan pasukan mutant ikonik X-Men, ataupun hanya filem yang ingin memperkenalkan konsep mutant ke dalam filem-filem dan projek-projek MCU akan datang.
BERKAITAN: Review Siri Disney+ Ms. Marvel (2022) Musim 1
Sekiranya sudah menonton episod akhir siri Disney+ Ms. Marvel, penonton akan menerima kejutan di penghujung episod tersebut, yang memberi bayangan bahawa Kamala Khan mempunyai genetik yang istimewa yang mempunyai mutasi. Ini sudah tentunya memberikan keterujaan kepada para peminat Marvel.
Post a Comment