Apakah yang berlaku antara Datuk Adi Putra dan pihak pengurusan Studio Kembara, yang juga penerbit filem Mat Kilau?
Itulah persoalan yang bermain di fikiran ramai pihak, apabila pelakon utama filem Mat Kilau itu memuat naik satu hantaran berbaur kekecewaan di Instagram peribadinya.
Menerusi hantaran itu, pelakon yang melakonkan watak Mat Kilau dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dilihat seolah-olah kecewa dengan layanan yang diberikan pengurusan syarikat penerbit filem itu, Studio Kembara dan menyindir mereka kerana sukar dihubungi oleh beliau. Berikut adalah perkongsian tersebut:
Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd, andai tidak cukup handphone kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu handphone agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan. Akan kerana ini saya manfaatkan di socmed agar message saya sampai ke pihak Studio Kembara.
Menerusi status sama, Adi turut menyatakan beliau tidak akan menghadiri tayangan gala filem itu di Jakarta, Indonesia. Menurutnya lagi :
"Insya-Allah saya tidak akan hadir Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta. Terima kasih.
Adi turut menambah di ruangan kapsyen hantaran berkenaan, dengan harapan mesej itu sampai ke pengetahuan pihak berkenaan, dan semoga Allah permudahkan segala urusan.
BERKAITAN: Review Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) - Membangkitkan Semangat!
Kami berharap apa jua isu yang berlaku antara Datuk Adi Putra dan pihak pengurusan Studio Kembara tidak berlarutan dan dapat diselesaikan secara baik, dan tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tidak berhadapan dengan sebarang masalah.
Post a Comment