Apabila dua orang peguam dengan personaliti berbeza terpaksa berhadapan dengan beberapa konspirasi yang mengancam kes yang dikendalikan, mereka berdua terpaksa bekerjasama untuk merungkai kebenaran. Itulah premis penceritaan siri May It Please The Court - drama Korea baharu yang enigmatik yang dijadualkan akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada penghujung tahun ini.

Kisah menarik berdasarkan kejadian sebenar melalui sudut pandang seorang peguam bela seperti mana dipaparkan dalam sebuah buku, May It Please The Court berkisar kepada kehidupan dua orang watak utama: Noh Chakhee, seorang peguam terkenal yang akan berjuang habis-habisan untuk berjaya, dan Jwa Sibaek, seorang peguam yang pelik dan tidak teragak-agak untuk melakukan sesuatu sebaik sahaja membuat keputusan. Diasak dengan situasi yang mengancam dan mengganggu kes yang mereka kendalikan, pasangan tidak terjangka ini terpaksa bekerjasama jika mereka berhasrat untuk membongkar kebenaran dan kembali berada di atas. 

May It Please The Court dibintangi olehJung Ryewon (sebagai Noh Chakhee), Lee Kyoohyung (sebagai Jwa Sibaek) dan Jung Jinyoung (sebagai Jang Gido, CEO Jangsan, sebuah firma guaman besar yang bercita-cita tinggi). 

May It Please The Court diarahkan oleh Min-gu Kan, dan akan strim di saluran Disney+ Hotstar pada penghujung tahun ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post