Hanya dalam tempoh 4 hari tayangan sahaja, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dilaporkan telah berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM8 juta, Hebat!

Terbaharu, perkongsian di media sosial GSC Cinemas menyatakan yang filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa bakal ditayangkan di Korea, Jepun dan Taiwan pula!

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa merupakan filem tempatan terbaharu ditayangkan di pawagam, dan diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See. Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas.Disebabkan itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dibarisi pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Carmen Soo, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali dan Pablo Amirul, dan kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post