Sempena Merdeka ini, Disney+ Hotstar mengambil kesempatan untuk memperkenalkan enam anak Malaysia berbakat yang telah mencetuskan impak dalam industri animasi global dan tempatan. Daripada siri yang memenangi anugerah sehinggalah filem yang menyentuh sanubari, anak-anak Malaysia ini telah mengharumkan nama negara kita di persada global. Tatkala meraikan sambutan penuh bermakna ini, anda boleh menstrim hasil-hasil karya mereka secara eksklusif di Disney+ Hotstar.


Muhammad Usamah Zaid Yasin, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Wau Animation

Bukan sahaja satu kebanggaan Malaysia, Ejen Ali turut menjadi nama isi rumah dan kegemaran ramai, khususnya untuk WAUriors. Usamah Zaid adalah pencetus ilham dan pencipta utama di sebalik francais animasi yang memenangi pelbagai anugerah ini. Musim ketiga rancangan ini telah disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand dan terus menjana populariti di Malaysia.

Ikuti Ejen Ali Musim 1, 2, dan 3 (Bahagian Pertama), Ejen Ali The Movie, Ejen Ali: Misi Juang, dan nantikanlah lebih keterujaan, kerana Ejen Ali Musim 3 (Bahagian Dua) akan diteruskan lagi selepas penampilan mengejut Rizwan di tengah-tengah huru-hara berlaku di Pusat Sains Cyberjaya! Bahagian Kedua ini bakal disiarkan di Disney+ Hotstar Disember ini. Jadi, jangan ke mana-mana!


Lyon Liew, Pengarah Teknikal Simulasi di Pixar Animation Studios

Anak kelahiran Melaka, Lyon Liew telah menghasilkan pelbagai animasi termasuk Turning Red yang disukai ramai. Mengambil kira setiap perincian, Lyon mengetuai pasukannya untuk menghidupkan watak Mei dengan membuat pakaian, rambut, prop dan bulu panda merah gergasinya yang bergerak secara realistik. Minat mendalamnya terhadap penceritaan visual telah menonjolkan ciri estetika dan budaya Asia di skrin dan pentas global. Nikmatilah hasil karya beliau yang hebat dalam Luca, Incredibles 2, dan Coco.


Kiki Poh Mei Kee, Pengarah Teknikal di Pixar Animation Studios

Sebagai animator Pixar Malaysia pertama yang pakar dalam teduhan (shading) dan dandanan (grooming), Kiki Poh merupakan inspirasi kepada anak-anak muda di Malaysia yang bertekad menjadi animator yang mahir. Kiki mengaplikasikan seni teduhannya pada tekstur permukaan dan warna watak dengan penuh ketelitian. Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun, beliau telah terbabit dalam beberapa animasi yang terulung dan memenangi anugerah, seperti Luca, Onward, Cars 3, Finding Dory, dan Inside Out.


Andrea Goh Siau Wei, Ketua Susun Atur (Kamera & Pementasan) di Pixar Animation Studios

Andrea Goh merupakan artis susun atur di Pixar Animation Studios. Antara pencapaian terbesarnya adalah mengambil bahagian dalam penerbitan Toy Story 4 Disney-Pixar. Andrea juga seorang pembuat filem dan pengarah teknikal yang serba mahir. Beliau turut berkecimpung dalam medium animasi lain seperti pemodelan, ukiran dan sebagainya. Bakat beliau yang versatil terserlah dalam animasi-animasi seperti Incredibles 2, Coco, dan Cars 3.


Alvin Wee, Pengadun Muzik, Jurutera Rakaman dan Penerbit Muzik

Anak kelahiran Sarawak, Alvin Wee merupakan rakyat Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Adunan Bunyi setelah menghasilkan runut bunyi untuk Encanto. Bukan itu sahaja, hasil karya itu turut membolehkan beliau merangkul Anugerah Pencapaian Kerjaya berprestij untuk adunan bunyi oleh Cinema Audio Society. Gubahan runut bunyi yang indah tersebut berjaya menambat hati penonton global, sekali gus membolehkan animasi itu mendapat tiga pencalonan dalam Anugerah Akademi.


Adele Lim, Penulis Skrin

Adele Lim menikmati kejayaan karier dalam TV Amerika dan terkenal dengan penulisan skrinnya yang menonjolkan budaya Asia. Filem animasi Raya and The Last Dragon, yang memaparkan puteri Asia Tenggara Disney buat julung kalinya, menyerlahkan keupayaan Adele dalam mempersembahkan budaya Asia secara asli.


Akhir kata, marilah kita sama-sama meraikan minggu Merdeka bersama anak-anak Malaysia ini yang telah menyumbang kepada rancangan-rancangan hebat di Disney+ Hotstar semestinya.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post