Sempena Hari Kebangsaan pada tahun ini, Netflix membawakan beberapa hasil karya terbaik oleh pembikin filem Malaysia melalui koleksi Rekaan Rakyat, yang akan dilancarkan di Netflix mulai 17 Ogos 2022.


Tiga filem terbaharu yang diumumkan akan menyertai senarai hampir 150 filem Malaysia, siri dan rancangan animasi Malaysia adalah 3 filem baharu yang akan ditayangkan hujung bulan ini di Netflix - - iaitu filem thriller-balas dendam The Assistant, filem indie bela diri Kill-Fist, dan filem sci-fi thriller Ceroboh (The Screaming Sky).

1. The Assistant 

Diarahkan oleh Adrian Teh (PASKAL: The Movie, Pasal Kau!), The Assistant mengisahkan tentang Zafik (lakonan Iedil Dzhurie Alaudin), seorang bekas banduan yang dipenjarakan secara salah dan mencari cara untuk membalas dendam seepas kematian ahli keluarganya ketika dalam tahanan. Zafik bekerjasama dengan Feroz (lakonan Hairul Azreen), seorang lelaki yang secara misteri selalu muncul di ketika dan masa yang tepat untuk membantunya mencari siapakah yang bertanggungjawab membunuh isteri dan anaknya.   

Turut dibintangi oleh Chew Kin Wah, Tony Eusoff dan Henley Hii, The Assistant akan ditayangkan di Netflix mulai 19 Ogos 2022.

Kill-Fist 

Ketika di ambang kehilangan hak jagaan terhadap anak perempuannya dan terpaksa menjaga bapanya yang menderita penyakit Alzheimer, Zhang (lakonan Sunny Pang), seorang lelaki pertengahan umur bergelut dengan pekerjaannya sebagai jurujual insurans. Terdesak untuk mendapatkan wang, dia mendaftar untuk menyertai satu permainan maut yang memaksanya berhadapan dengan kisah silamnya yang gelap. 

Diarahkan oleh James Lee dan dibintangi oleh Alan Yun dan Koe Yeet, Kill-Fist akan ditayangkan di Netflix mulai 31 Ogos 2022.

Ceroboh (The Screaming Sky) 

Dalam dunia yang ditawan makhluk asing yang mampu mengawal minda digelar Sky Beasts, enam orang yang terselamat dan bersembunyi di dalam sebuah bangunan tinggal sedang berusaha mencari jalan untuk kekal hidup,. Walau bagaimanapun, apabila salah seorang dari mereka terdedah kepada makhluk asing, ketakutan dan kerisauan telah menjadi ancaman paling merbahaya untuk mereka. 

Diarahkan oleh Feisal Azizuddin, Ceroboh akan ditayangkan di Netflix mulai 31 Ogos 2022. 



Ketiga-tiga filem ini merupakan tambahan kepada koleksi Rekaan Rakyat di Netflix, yang akan dilancarkan mulai 17 Ogos 2022 ini. Koleksi ini juga turut menampilkan rekaan muka depan karya oleh pakar ilustrasi tempatan Book of Lai, yang mengetengahkan kepelbagaian watak dari latar belakang etnik yang berbeza dan melaksanakan aktiviti yang sinonim dengan budaya tempatan.

Beroperasi di Malaysia, Book of Lai mengendalikan Behind 90, sebuah studio ilustrasi yang telah memenangi beberapa anugerah dan mempunyai senarai pelanggan yang tidak kurang hebatnya, antaranya Snapchat, KFC, American Airline, Hong Leong Bank, dan Cadbury. Beliau merupakan pemenang anugerah World Illustration Award (UK) dan telah menyertai pertunjukan dan pameran seni di London, Taiwan, dan Shanghai. Menurut beliau:

We are Malaysians who always have each other's backs as we march towards a vibrant future. Most of my work has incorporated Malaysia's cultural diversity, but this project pushes it even further! From different ethnic groups to different landscape variations, this illustration truly captures the beauty of Malaysia from my eyes

Jangan lupa saksikan nanti kesemua filem dan penerbitan tempatan dalam koleksi Rekaan Rakyat yang akan ditayangkan mulai 17 Ogos 2022 di Netflix. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post