Susulan penayangan filem The Black Phone (2022) sebelum ini, pengarahnya Scott Derrickson mengesahkan beberapa perbincangan telah dibuat berkenaan cadangan untuk menghasilkan sambungan filem seram tersebut.
Selain mendapat review yang menggalakkan, filem The Black Phone turut merekodkan kutipan sebanyak lebih USD150 juta di seluruh dunia. Menurut Derrickson:
There’s already a lot of conversation, a lot of pressure being put on it. I mean, the movie cost $18 million, and it’s going to ultimately make probably $160-170 million worldwide. So they want another one. Of course, they do.
BERKAITAN: Review Filem The Black Phone (2022) - Bukan Filem Seram Tipikal
Filem The Black Phone dibintangi oleh Ethan Hawke selain turut menampilkan pelakon seperti Mason Thames, Madeleine McGraw, James Ransone, Jeremy Davies, Brady Hepner, Jacob Moran, dan Jordan Isaiah White.
The Black Phone diarahkan oleh Scott Derrickson, dan berdasarkan kisah pendek karya Joe Hill.
Post a Comment