Tunda lagi?

Begitulah nasib yang menimpa dua filem terbaharu Warner Bros., iaitu Shazam! Fury of the Gods dan Aquaman and the Lost Kingdom, apabila studio perfileman tersebut sekali lagi menunda tarikh tayangan kedua-dua filem berkenaan.

Selepas sebelum ini menunda tarikh tayangan Shazam! Fury of the Gods ke 21 Disember 2022, kini filem DCEU lakonan Zachary Levi itu akan ditayangkan pada 17 Mac 2023. Manakala filem Aquaman and the Lost Kingdom pula yang sebelum ini dijadualkan tayangan pada 17 Mac 2023, telah dijadualkan semula untuk tayangan pada 25 Disember 2023

BERKAITAN: Tarikh Tayangan Shazam! Fury Of The Gods Ditunda Lagi

Filem Aquaman and the Lost Kingdom diarahkan oleh James Wan, dan dibintangi oleh Jason Momoa, Patrick Wilson, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Randall Park, Temuera Morrison, Dolph Lundgren, dan Nicole Kidman. 


Shazam! Fury of the Gods akan kembali dibintangi oleh Asher Angel dan Zachary Levi sebagai Billy Batson/ Shazam, selain barisan pelakon seperti Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans selain turut menampilkan Cooper Andrews.


Sambungan kepada filem Shazam (2019) itu akan menyaksikan penampilan musuh dan ancaman baharu kepada keluarga Shazam seperti kemunculan watak anak-anak perempuan dewa Atlas iaitu Hespera dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh Helen Mirren dan Lucy Liu. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post