Di penghujung trailer siri Disney+ She-Hulk: Attorney at Law yang diperlihatkan dalam acara San Diego Comic-Con sebelum ini, peminat dihidangkan dengan pandangan terbaharu untuk sut yang dipakai Daredevil. Terbaharu, dalam satu TV spot yang dikongsikan secara online, pandangan lebih jelas sut tersebut akhirnya dapat dilihat, di mana sut yang dipakai Daredevil itu, yang terdiri daripada warna merah dan kuning, berbeza dari sut berwarna merah dan hitam yang dikenakan watak itu dalam siri Netflix sebelum ini. Namun, ianya tidaklah pelik kerana ianya merupakan homage kepada warna sut pertama yang ditampilkan dalam komik asal Daredevil.
Saksikan TV spot She-Hulk: Attorney at Law tersebut di bawah:
BERKAITAN: Trailer Kedua She-Hulk: Attorney at Law Diperlihatkan Di Acara SDCC 2022
Selain itu juga, dapat dilihat sedikit kelibat watak Emil Blonsky/ Abomination dan Wong, selain watak She-Hulk sendiri yang sedang berlatih dengan sepupunya, iaitu Bruce Banner/ Hulk.
She-Hulk: Attorney at Law akan ditayangkan di Disney+ mulai 18 Ogos 2022.
Post a Comment