Kutipan filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa nampaknya semakin meningkat dan tiada tanda lagi makan reda. Menurut perkongsian oleh GSC Cinemas di Instagram mereka beberapa hari lalu, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa telah mencatatkan kutipan sebanyak RM13 juta untuk tayangan sehingga 31 Ogos lalu! 

Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Disebabkan itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. 

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dibarisi pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Carmen Soo, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali dan Pablo Amirul, dan kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Melihatkan sambutan menggalakkan tersebut, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga bakal ditayangkan di Korea, Jepun dan Taiwan pula selepas ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post