Sony Pictures baharu sahaja mengumumkan penghasilkan filem baharu Karate Kid, yang kini dijadualkan untuk tayangan pada 7 Jun 2024!

Filem baharu Karate Kid itu digambarkan sebagai “kembalinya francais sebenar Karate Kid ” ke pawagam, yang merupakan filem Karate Kid pertama kembali ke pawagam sejak filem Karate Kid versi reboot yang ditayangkan pada 2010, dibintangi oleh Jaden Smith dan Jackie Chan.

Masih belum ada sinopsis, pengumuman pelakon mahupun lain-lain perincian yang telah diumumkan untuk filem baharu Karate Kid ini. Namun, ramai menjangkakan keputusan dan pengumuman Sony tersebut berkait rapat dengan sambutan menggalakkan yang ditunjukkan penonton terhadap siri Cobra Kai yang ditayangkan di Netflix, yang baharu sahaja memasuki musim ke-5 sekarang ini. 

Filem Karate Kid (2010) menerima sambutan yang bercampur-campur di kalangan peminat dan pengkritik filem, namun masih merekodkan kutipan sebanyak USD400 juta secara keseluruhan. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post