Perincian filem Super Mario Bros. masih lagi belum didedahkan, namun itu tidak menghalang Nintendo, Illumination, dan Universal Pictures untuk meneruskan keterujaan peminat permainan video tersebut. Terbaharu, ketiga-tiga syarikat tersebut telah mengumumkan yang teaser trailer filem Super Mario Bros. akan diperlihatkan pada 6 Oktober 2022 sempena acara New York Comic-Con

Perkara tersebut dikongsikan melalui satu tweet berkait acara New York Comic-Con, yang turut mengesahkan tarikh tayangan filem Super Mario Bros. yang diumumkan sebelum ini iaitu pada 7 April 2023. 

Filem Super Mario Bros. dibintangi oleh Chris Pratt (sebagai suara untuk watak Mario), selain turut dibintangi Charlie Day (sebagai Luigi), Anya Taylor-Joy (sebagai Princess Peach), Jack Black (sebagai  Bowser), Keegan-Michael Key (sebagai Toad), Seth Rogen (sebagai Donkey Kong), Kevin Michael Richardson (sebagai Kamek), Fred Armisen (sebagai Cranky Kong), dan Sebastian Maniscalco (sebagai Spike). 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post