Kini rasmi, aktor Harrison Ford akan tampil dalam filem Captain America: New World Order, menandakan penampilan rasminya dalam MCU.

Beliau disahkan akan melakonkan watak Jeneral Thaddeus “Thunderbolt” Ross — mengambil alih watak tersebut dari William Hurt, yang meninggal dunia pada Mac lalu. Hurt sebelum ini melakonkan watak tersebut bermula dengan filem The Incredible Hulk (2008), dengan yang terakhir adalah filem Black Widow (2021). Ford sememangnya tidak asing dalam filem-filem francais, seperti Star Wars dan Indiana Jones, jadi tidaklah aneh bagi beliau untuk muncul pula dama filem MCU.

BERKAITAN: Tajuk Rasmi Filem Captain America 4 Diumumkan Oleh Marvel Studios!

Bagi mereka yang mengikut komik Marvel, Jeneral Ross merupakan individu di sebalik persona Red Hulk. Namun untuk MCU, masih belum disahkan bilakah watak berkenaan akan tampil, atau samada watak itu akan ditampilkan dalam MCU. 

Captain America: New World Order diarahkan oleh Julius Onah, dan dijadualkan untuk tayangan pada 3 Mei 2024.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post