Bagi mereka yang telah menonton filem Black Adam (dan menunggu sehingga end credit scene), ianya bukan lagi rahsia tentang kemunculan Henry Cavill dengan sut penuh Superman. Namun kini, ianya telah rasmi apabila Henry Cavill sendiri mengumumkan di Instagram peribadinya, mengesahkan beliau kembali semula ke DCEU sebagai Superman!

BERKAITAN: Henry Cavill Bukan Lagi Superman Versi DCEU?

Sebelum ini, studio Warner Bros. dikecam hebat susulan desas-desus kontroversi watak Superman lakonan Henry Cavill, yang digugurkan. Malah, aktor itu sendiri turut memberi bayangan sebelum ini yang watak Superman bukan lagi miliknya. Namun, pengumuman ini sudah tentunya menggembirakan peminat filem DCEU, yang masih belum puas menonton aksi Superman versi Henry Cavill di layar perak. 

View this post on Instagram

A post shared by Henry Cavill (@henrycavill)Kemunculan cameo Superman dalam filem Black Adam tidaklah mengejutkan, kerana Dwayne Johnson lebih awal lagi telah memberikan bayangan pertembungan antara Black Adam dan Superman. Berita kembalinya Henry Cavill sebagai Superman juga menghangatkan lagi khabar yang menyatakan Warner Bros. Discovery sedang giat membangunkan filem sambungan kepada Man of Steel (2013) yang merupakan kemunculan pertama aktor itu sebagai Clark Kent/ Superman. 

BERKAITAN: Henry Cavill Bakal Kembali Melakonkan Watak Superman?

Penampilan Cavill sebagai Superman dalam filem Black Adam tidaklah memeranjatkan, malah Dwayne Johnson terlebih dahulu telah memberikan bayangan pertembungan antara Black Adam dan Superman. Penampilan semula Cavill sebagai Superman juga selari dengan khabar menyatakan Warner Bros. Discovery sedang giat membangunkan sambungan filem Man of Steel (2013) yang menyaksikan penampilan pertama aktor itu sebagai Clark Kent/ Superman


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post