20th Century Studios telah mengumumkan barisan pelakon untuk filem terbaharu mereka, A Haunting in Venice yang merupakan kesinambungan watak Hercule Poirot.

Selain Kenneth Branagh yang melakonkan watak Hercule Poirot (dan mengarahkan filem ini), barisan pelakon untuk filem A Haunting in Venice yang merupakan filem ketiga adaptasi karya penulis Agatha Christie ini adalah seperti Michelle Yeoh, Jamie Dornan, Tina Fey, Kelly Reilly, Kyle Allen, Camille Cottin, Jude Hill, Ali Khan, Emma Laird, dan Riccardo Scamarico.

Berdasarkan novel karya Agatha Christie pada 1969 bertajuk Hallowe’en Party, filem A Haunting in Venice sekali lagi akan diarahkan oleh Kenneth Branagh melalui lakon layar ditulis oleh Michael Green. Proses produksi dijangka akan dilakukan di Pinewood Studios, selain di lokasi sebenar di Venice.

Sinopsis rasmi filem A Haunting in Venice adalah seperti berikut:

Set in eerie, post-World War II Venice on All Hallows’ Eve, the film is a terrifying mystery featuring the return of the celebrated sleuth, Hercule Poirot. Now retired and living in self-imposed exile in the world’s most glamorous city, Poirot reluctantly attends a séance at a decaying, haunted palazzo. When one of the guests is murdered, the detective is thrust into a sinister world of shadows and secrets.

Filem A Haunting in Venice akan menemukan semula pasukan kreatif di sebalik filem Murder on the Orient Express (2017) dan Death on the Nile (2022), dan dijangka akan ditayangkan pada 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post