Satu lagi watak kegemaran ramai dari filem The Suicide Squad (2021) arahan James Gunn disahkan akan kembali di masa akan datang.
Ketika ditemubual oleh portal ComicBook.com baru-baru ini, aktor terkenal Sylvester Stallone — yang merupakan pelakon suara untuk watak King Shark dalam filem The Suicide Squad (2021) — mengesahkan yang beliau akan kembali memberikan suara untuk watak itu sekali lagi. Komen tersebut dilontarkan ketika beliau ditanya sama ada dia akan kembali melakonkan watak tersebut dan bekerjasama sekali lagi dengan James Gunn. Tambah Stallone:
Yes, for sure. I think James has been very generous … He and I are pretty tight. So if there’s an opportunity … I love him, he’s great.
BERKAITAN: Review Filem The Suicide Squad (2021) - Filem DC Dengan 'Vibe' Filem Marvel
Komen Stallone ini dilihat selari dengan kenyataan yang dikeluarkan Gunn, yang menyatakan beliau sedang merancang filem-filem masa depan untuk DC Studios. Menurut beliau:
The opportunity to make DC as great as it can be and as it should be — that is the reason why I’m doing this job because I know that Peter and I can do that. We spent the past couple days with a group of some of the best thinkers in the industry, the best writers in the industry starting to map out that eight- to-10-year plan of what it’s going to look like in theater, in TV, in animation, across the board for these characters.
BERKAITAN: James Gunn Dan Peter Safran Dinamakan Sebagai CEO Bersama Untuk DC Studios!
Stallone tidak menyatakan apakah masa depan watak tersebut, namun dengan Gunn sendiri yang menerajui DC Studios bersama-sama Peter Safran, semestinya peminat menantikan semula sentuhan magik Gunn yang sebelum ini mengarahkan filem The Suicide Squad (2021) yang diakui ramai, lebih baik dari filem Suicide Squad (2016). Siri TV spin-off watak dari filem The Suicide Squad, iaitu Peacemaker (terbitan HBO) lakonan John Cema juga mencatatkan sambutan menggalakkan dari penonton, dan peminat ternanti-nantikan apakah masa depan untuk watak-watak dari filem tersebut di masa akan datang.
Post a Comment