Selepas 'mengacah' peminat tentang kembalinya Henry Cavill sebagai Superman dalam DCU, dan pengumuman rasmi oleh tuan punya badan sendiri sebelum ini, kini, nampaknya semua impian tersebut telah kembali menjadi debu yang berterbangan.
Melalui akaun Twitter miliknya, James Gunn telah mengesahkan yang beliau dan CEO Bersama DC Studios, Peter Safran telah menyediakan pelan untuk filem DC, dan telah dinyatakan yang sebuah filem baharu Superman berdasarkan sejarah kewujudan awalnya merupakan keutamaan mereka buat masa ini. Menurutnya;
Among those on the slate is Superman. In the initial stages, our story will be focusing on an earlier part of Superman’s life, so the character will not be played by Henry Cavill. But we just had a great meeting with Henry and we’re big fans and we talked about a number of exciting possibilities to work together in the future.
Berita ini turut dikongsikan oleh Henry Cavill sendiri di Instagram milknya. Menurut aktor tersebut;
I have just had a meeting with James Gunn and Peter Safran and it's sad news, everyone. I will, after all, not be returning as Superman. After being told by the studio to announce my return back in October, prior to their hire, this news isn't the easiest, but that's life. The changing of the guard is something that happens. I respect that. James and Peter have a universe to build. I wish them and all involved with the new universe the best of luck, and the happiest of fortunes.
Di samping itu, Gunn turut mengesahkan yang projek filem baharu Superman itu masih belum mempunyai pengarah lagi. Sejujurnya, kami masih belum nampak apa perancangan way forward DC Studios untuk watak Superman ini, apatah lagi untuk menghasilkan satu lagi filem yang seakan ini menelusuri origin story watak berkenaan, yang sudah berulang-ulang kali ditampilkan.
Mungkinkah ini peluang Marvel untuk 'rampas' Henry Cavill dari DC dan tampilkan beliau dalam MCU?
Post a Comment