Filem Avatar: The Way of Water masih lagi hangat ditayangkan di pawagam, namun itu tak menghalang pengarahnya, James Cameron untuk berkongsikan yang filem Avatar 3 akan menampilkan suku kaum Na´vi sebagai antagonis, dikenali sebagai `Ash People´, sebagai suku kaum yang membawakan simbolik api. Ianya juga untuk menampilkan kepelbagaian dalam dunia Pandora, dan menandakan tak semua bangsa Na'vi cintakan kedamaian dan ketenangan. Menurut Cameron:

The fire will be represented by the ‘Ash People.’ I want to reveal the Na'vi from another angle because [so far] I have only shown their good sides. In the early films, there are very negative human examples and very positive Na'vi examples. In 'Avatar 3,' we'll do the reverse.

Seperti mana dinyatakan dalam filem Avatar (2009), terdapat beberapa suku kaum Na´vi yang tinggal di Pandora, dan mempunyai cara hidup, budaya dan penampilan tersendiri. Ini dapat dilihat ketika Jake Sully menjadi Toruk Makto dan berjaya memujuk beribu-ribu bangsa Na'vi dari pelbagai suku kaum untuk bersama-sama bergandung bahu untuk `menghalau´ penceroboh yang digelar `Sky People´ (manusia dari Bumi) yang berhasrat menjarah dunia Pandora. Sehingga kini, telah ada beberapa suku kaum Na`vi yang telah ditampilkan, seperti Omatikaya (suku kaum Neytiri dengan elemen simbolik hutan), Metkayina yang merupakan suku kaum dengan elemen simbolik air, dan Olangi (Na´vi dengan kemahiran berkuda 'Direhorse').

Cameron turut berkongsikan perancangannya untuk kesinambungan filem Avatar, dan memberi bayangan untuk meneroka dunia baharu sambil memberi ruang untuk watak utamanya berkembang. Tambahnya lagi;

We will also explore new universes while continuing the story of the main characters. I can say that the last parts will be the best. The others were an introduction, a way to set the table before serving the meal. But, obviously, everything will depend on how Avatar 2 will be received, if it will find its audience.

Filem Avatar: The Way of Water terus mengungguli tayangan di pawagam biat masa ini, dan telahpun mencatatkan rekod kutipan sebanyak lebih USD1.3 bilion di seluruh dunia dan menjadi filem keenam terpantas dalam sejarah yang mencecah kutipan berbilion, hanya dalam masa 14 hari tayangan. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post