Sambutan menggalakkan terhadap K-content di seluruh dunia semakin menggalakkan, dengan lebih 60 peratus pelanggan Netflix menonton siri dan filem Korea yang ditayangkan pada tahun lepas. Memasuki tahun 2023, Netflix memperkenalkan senarai siri TV Korea, filem dan tayangan yang pelbagai. Hari ini, Netflix menyenaraikan sebanyak 34 penerbitan Korea yang akan ditayangkan di saluran penstriman tersebut pada tahun ini.
Tema survival sudah menjadi tema berulang bagi siri-siri popular, samada mementang raksasa di zaman kegelapan pada 1945 dalam Gyeongseong Creature, bergelut untuk bernafas di dunia distopian masa hadapan dalam siri sci-fi Black Knight, atau bertarung untuk mempertahankan Joseon ketika pemerintahan kolonial Jepun dalam drama aksi Song of the Bandits. Selain itu, peminat juga pastinya teruja dengan kembalinya siri popular seperti Sweet Home, D.P., dan The Glory pada tahun ini.
Lain-lain siri pada tahun ini adalah seperti yang bercorak percintaan (A Time Called You, Behind Your Touch (WT), Crash Course in Romance, Destined With You, Doona!, King the Land, Love to Hate You, See You In My 19th Life), komentari sosial dan minat (Bloodhounds, Celebrity, Mask Girl), drama (Daily Dose of Sunshine, Queenmaker, The Good Bad Mother), dan dunia akhir zaman (Goodbye Earth).
Tahun ini juga, Netflix akan menambah lagi penawaran filem-filemnya dengan enam filem Korea, yang akan dimulai dengan filem sci-fi thriller JUNG-E pada 20 Januari 2023, diikuti dengan Kill Boksoon yang menampilkan kisah seorang pembunuh profesional yang punyai konflik naluri kebapaan, dan Believer 2, yang merupakan sambungan kepada filem action thriller jenayah berkisarkan kumpulan pengedaran dadah. Lain-lain filem akan menelusuri topik berkaitan balas dendam (Ballerina), persaingan guru-pelajar (The Match), dan penggodaman (Unlocked).
Bagi mereka yang gemarkan rancangan realiti TV juga turut tidak terkecuali, meliputi rancangan ketahanan stamina (Physical: 100, Siren: Survive the Island), zombie survival (Zombieverse), menuju kedewasaan (Nineteen to Twenty), dan permainan minda (The Devil’s Plan).
Di samping itu, terdapat juga dua dokumentari yang akan ditayangkan. Yellow Door: Looking for Director Bong’s Unreleased Short Film (WT) menjejak pengembaraan pengarah yang juga pemenang Anugerah Oscar, Bong Joon-Ho dalam penghasilan filem debutnya, manakala dokumentari kisah jenayah bertajuk In the Name of God: A Holy Betrayal merungkai kewujudan ‘utusan Tuhan’ dalam sejarah Korea moden.
Post a Comment