Netflix telah memperlihatkan poster key-art dan gambar pertama dari siri live-action One Piece, berdasarkan anime dan manga terkenal dengan tajuk sama. Ianya dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini juga. 

Poster key-art berkenaan memberikan pandangan awal watak Monkey D. Luffy (lakonan Iñaki Godoy) lengkap dengan vest merah dan topi jerami ikoniknya seperti dalam anime dan manga. Gambar-gambar watak lain juga ditampilkan dalam satu gambar eksklusif, memberikan bayangan awal watak-watak seperti Zoro, Nami, Usopp dan Sanji.

BERKAITAN: Netflix Akan Menghasilkan Siri One Piece - Berdasarkan Watak Manga Terkenal Jepun

Siri Netflix One Piece dibintangi Iñaki Godoy sebagai Luffy, Mackenyu sebagai Rorona Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp, Taz Skylar sebagai Sanji, dan Peter Gadiot sebagai Shanks. 

Pelakon lain yang disenaraikan adalah seperti Morgan Davies sebagai Koby, Ilia Isorelýs Paulino sebagai Alvida, Aidan Scott sebagai Helmeppo, Jeff Ward sebagai Buggy, McKinley Belcher III sebagai Arlong, Vincent Regan sebagai Garp, Alexander Maniatis sebagai Klahadore, Steven Ward sebagai Mihawk, Craig Fairbrass sebagai Chef Zeff, Langley Kirkwood sebagai Captain Morgan, Celeste Loots sebagai Kaya, dan Chioma Umeala sebagai Nojiko.

One Piece berdasarkan manga hasil karya Eiichiro Oda, mengisahkan tentang Monkey D. Luffy, yang merupakan ketua kepada kumpulan Straw Hat Pirates, yang mempunyai kebolehan luarbiasa untuk menukar bahagian badannya menjadi seumpama getah selepas memakan buah yang dikenali sebagai Devil Fruit. Dalam komik, beliau dan kumpulannya mengembara di lautan luas dalam usaha mencari harta karun legenda dikenali sebagai One Piece dan akan menobatkannya sebagai Raja Lanun.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post