Pada Jumaat, 20 Januari 2023, NBCUniversal International Networks & Direct-to-Consumer (NBCUIN & DTC), salah satu peneraju syarikat media dan hiburan di dunia, telah mengumumkan kerjasama dengan Astro, syarikat penyedia kandungan di Malaysia, dan melancarkan DreamWorks – saluran 24 jam didedikasi khusus untuk hiburan keluarga dan kanak-kanak. Boleh ditonton mulai 1 Februari 2023 di Saluran 612, kandungan DreamWorks ditawarkan dalam pilihan bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina, sebagai sebahagia dari penawaran Kids Pack.

DreamWorks akan menyediakan kanak-kanak dan keluarga dengan pelbagai kandungan hiburan, seperti Kung Fu Panda: The Paws of Destiny, Trolls: The Beat Goes On!,  dan The Boss Baby: Back in Business. Saluran tersebut juga akan menyediakan slot khusus untuk kanak-kanak prasekolah, iaitu DreamWorks Junior, untuk tontontan kanak-kanak berusia antara 2 ke 5 tahun meliputi siri seperti Noddy Toyland Detective dan Dragons: Rescue Riders.

Turut tersedia bagi pelanggan Unifi di Malaysia, pelancaran saluran DreamWorks di Astro menandakan perkembangan signifikan dan memenuhi kehendak penonton bagi jenama tersebut, di mana DreamWorks telahpun boleh ditonton oleh lebih 50 juta isirumah di lebih 100 buah negara setakat ini.

Bagi meraikan pelancaran saluran DreamWorks di Astro, syarikat tersebut menawarkan 15-hari previu saluran tersebut di Saluran 622 kepada semua pelanggan Astro yang layak mulai 15 Januari sehingga 31 Januari 2023. DreamWorks akan berpindah ke Saluran 612 pada 1 Februari 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post