Aktres kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh terus mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kategori Outstanding Performance by a Female Actor in a Leading Role di Anugerah Screen Actors Guild 2023 yang berlangsung pada Ahad lalu di Fairmont Century Plaza, Los Angeles melalui lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Ketika diumumkan oleh aktor Jeff Bridges, Tan Sri Michelle Yeoh berkata;

I think if I speak, my heart will explode. SAG-AFTRA, to get this from you, who understands what it is to get here. Every one of you knows the journey, the roller-coaster ride, the ups and downs. But most importantly, we never give up. I thank you. I thank you for your love, for your support, because I know I am up against titans. Thank you, thank you, thank you. This is not just for me, this is for every single girl that looks like me.

Kemenangan penuh makna untuk beliau itu meneruskan kecemerlangannya pada tahun ini, apabila turut tercalon untuk pencalonan anugerah Oscar pertamanya, selain turut memenangi kategori Best Actress - Motion Picture - Musical/Comedy di Anugerah Golden Globe 2023.

Filem Everything Everywhere All at Once arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert mengisahkan tentang watak Evelyn Wang (lakonan Yeoh), seorang imigran berbangsa Cina yang berhijrah ke Amerika dan menjalankan perniagaan kedai dobi, yang mendapati dirinya terperangkap dalam pengembaraan inter-dimensi luar biasa untuk menghalang satu entiti misteri dari memusnahkan multiverse.

Kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh tersebut telah menewaskan calon-calon lain dalam kategori sama iaitu Cate Blanchett, Viola Davis, Ana de Armas dan Danielle Deadwyler.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post