Pasangan kembar kegemaran Malaysia kini telah kembali! Terkenal dengan telatah dan pengembaraan heroik mereka, episod baharu Upin & Ipin akan datang ke Netflix, apabila Upin & Ipin Musim 15 ditayangkan pada 30 April 2023. Daripada menyanyikan lagu kegemaran mereka dalam pertandingan karaoke kampung mereka, hinggalah berhadapan dengan naga ganas, Upin & Ipin bersedia untuk lebih banyak muzik, kenakalan dan pelajaran hidup dam musim terbaharu ini.
Untuk meraikan satu setengah dekad Upin & Ipin, berikut adalah 15 fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu tentang siri animasi adik-beradik itu yang telahpun menjangkau tempoh 15 tahun:
- Pernah terfikir kenapa si kembar berkenaan botak? Itu kerana kekurangan rambut mereka — yang mengambil masa yang lama untuk dirender — menjadikannya lebih mudah untuk dimodelkan dan dianimasikan dalam masa yang singkat.
- Nama penuh Upin dan Ipin telahpun didedahkan! Dalam episod ‘Times Tables’ Musim 13, nama penuh Upin didedahkan sebagai Aruffin bin Abdul Salam, manakala Ipin ialah Ariffin bin Abdul Salam.
- Upin bercita-cita menjadi angkasawan suatu hari nanti, manakala Ipin pula ingin menjadi jurutera supaya dapat membina roket untuk Upin #siblinggoals!
- Upin & Ipin tersenarai dalam Malaysia Book of Records pada 2020 apabila ia menjadi halaman YouTube Malaysia pertama yang mencapai 10 juta pelanggan dan menerima Diamond Play Button dari Youtube.
- Tidak semua orang boleh mengatakan bahawa mereka mempunyai 'kebersamaan' dengan pencuri gentleman paling terkenal di Perancis, tetapi si kembar ini berjaya melakukannya — apabila jenaka yang diilhamkan oleh Upin & Ipin menarik perhatian bintang Lupin, aktor Omar Sy, malah mengajarnya beberapa perkataan slanga Melayu! #iykyk
Lihat lebih banyak fakta menarik tentang Upin & Ipin DI SINI, dan ikuti pengembaraan kembar comel apabila Upin & Ipin Musim 15 ditayangkan mulai 30 Mac 2023 di Netflix!
Post a Comment