Dalam meraikan `kelahiran´ Monkey D. Luffy, Netflix dan Shueisha telah berkongsikan surat daripada Eiichiro Oda, memberikan peminat perkembangan terkini tentang siri live-action ONE PIECE.
BERKAITAN: Poster Pandang Pertama Siri Netflix One Piece Diperlihatkan
ONE PIECE merupakan siri manga dengan rekod jualan tertinggi dalam sejarah, dan merupakan adaptasi live-action pertama untuk francais terkemuka tersebut. ONE PIECE mengisahkan tentang Monkey D. Luffy, seorang pengembaraan yang juga merupakan ketua kepada kumpulan Straw Hat Pirates, yang mempunyai kebolehan luarbiasa untuk menukar bahagian badannya menjadi seumpama getah selepas memakan buah yang dikenali sebagai Devil Fruit. Dalam manga, beliau dan kumpulannya mengembara di lautan luas dalam usaha mencari harta karun legenda dikenali sebagai One Piece dan akan menobatkannya sebagai Raja Lanun.
Siri Netflix berkenaan, di mana Oda-Sensei turut bertindak sebagai penerbit eksekutif, menelusuri kisah awal pengembaraan Luffy, memperkenalkan peminat sedia ada dan penonton baharu terhadap jelmaan live-action watak dan persekitaran dunia ONE PIECE yang sebelum ini hanya dipaparkan dalam panel manga dan anime.
Dibintangi Iñaki Godoy (sebagai Monkey D. Luffy), Mackenyu (sebagai Roronoa Zoro), Emily Rudd (sebagai Nami), Jacob Romero Gibson (sebagai Usopp), dan Taz Skylar (sebagai Sanji), ONE PIECE merupakan pengembaraan lanun live-action yang dihasilkan dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix. Matt Owens dan Steven Maeda bertindak sebagai penulis skrip, penerbit eksekutif dan showrunners. Manakala Eiichiro Oda, Marty Adelstein, dan Becky Clements turut bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Pelakon yang turut diumumkan untuk siri ONE PIECE ini termasuklah Vincent Regan, Ilia Isorelýs Paulino, Morgan Davies, Aidan Scott, Langley Kirkwood, Jeff Ward, Celeste Loots, Alexander Maniatis, McKinley Belcher III, Craig Fairbrass, Steven Ward, dan Chioma Umeala.
Teruskan bacaan anda di SINI jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ONE PIECE dan siri live-action terbaharu berkenaan.
Post a Comment