Kami telahpun menonton filem aksi yang amat dinanti-nantikan tahun ini, iaitu Fast X (2023), dan ini adalah review filem Fast X dari kami.

BERKAITAN: Saksikan Treler Baharu Filem Fast X, Bakal Ditayangkan Mei Ini

Francais filem The Fast & The Furious telahpun memasuki filem ke-10! Siapa sangka, filem pertama yang asalnya hanyalah filem pelumba jalanan melakukan rompakan trak membawa kargo bernilai tinggi, kini telah berkembang menjadi pasukan hero tak terkalah yang mencabar realiti dan hukum fizik di setiap filemnya? Kali ini, Dominic Torretto dan pasukannya (atau lebih tepat, 'keluarga'nya) berhadapan dengan seorang penjahat psiko yang boleh dikatakan berpuluh-puluh langkah di hadapan Dom, merancang dan menyediakan pelan demi pelan untuk menghukum Dom dan keluarganya. Tapi apa yang didendamkan sangat oleh penjahat baharu, Dante (lakonan mantap oleh Jason Momoa) sehingga tersangat berdendam dengan Dom dan keluarganya?

Fast X tidak menunggu lama untuk memulakan aksi perlumbaan kereta di awal filem. Penonton dihidangkan dengan adegan flashback filem Fast 5, semasa Dom dan Brian melakukan aksi menunda peti besi dengan menggunakan kereta. Adegan ini merupakan suatu tribute dan mengubat kerinduan peminat terhadap mendiang Paul Walker (melakonkan watak Brian). Kami amat teruja sekali menonton kembali gandingan duo berkenaan, walaupun hanya dalam adegan flashback. Dan di sinilah penonton diperkenalkan kepada asal usul Dante, dan kenapa dendam kesumat terhadap Dom dan keluarganya begitu meluap-luap.

Watak Dante sememangnya agak menakutkan, dan begitu psiko sekali. Kali berani katakan, watak Dante ini adalah watak villain terbaik dalam francais Fast & Furious setakat ini. Jason Momoa amat bijak menampilkan karakter Dante yang gila, sehingga kami merasakan ada sedikit borderline dengan watak Joker pula. Dante punya tahap gila ni sampaikan boleh rancang satu demi satu masalah untuk pastikan dendamnya terhadap Dom dan keluarga terbalas. Perwatakan Dante sudah seperti seorang anak kecil yang berasa seronok melihat orang lain merasai keperitan hidupnya selepas kehilangan orang tersayang seperti mana dirinya. Kali ini, barulah betul-betul Dom bertemu dengan lawan sebenarnya. Bukan Hobbs, bukan Shaw, tapi Dante yang berjaya membuatkan Dom betul-betul `naik angin´.

BERKAITAN: Bukan 11, Tapi 12? Vin Diesel Beri Bayangan Filem Fast & Furious 12 Bakal Dihasilkan

Kredit harus diberikan kepada Vin Diesel dan pasukannya, yang mampu menukarkan jalan cerita asal filem The Fast & The Furious (2001) ini menjadi filem aksi luar biasa bertemakan hubungan keluarga, yang kini amat diminati dan didambakan penonton. Malah, mereka bijak menjalinkan perkaitan antara tiga filem terdahulu dengan filem-filem seterusnya, menutup loophole yang ada sebelum ini, sehingga menjawab segala persoalan peminat. Mana mungkin watak yang telah mati dalam filem sebelum ini boleh muncul kembali kan? Namun itulah magis filem Fast X. Seperti mana dalam komik superhero di mana watak-wataknya tak pernah mati. begitu juga boleh dikatakan dalam filem ini. Tidak ketinggalan untuk filem Fast X, yang menampilkan semula watak dalam filem sebelum ini yang diyakini telah mati. Namun, selagi tiada kubur, mana bukti watak itu mati kan? Nampaknya inilah mantra yang dipegang dalam francais filem Fast & Furious ini.

Jika menonton filem-filem dalam francais Fast & Furious, jangan bawa otak anda bersama. Ketepikan logik, hukum fizik, dan realiti, kerana filem Fast X ini masih mengekalkan resepi yang sama seperti filem-filem terdahulu. Boleh dikatakan semua aksi yang dipaparkan dalam filem Fast X ini, seberapa mengarut dan tidak masuk akal bagi manusia biasa, namun tetap menghiburkan dan kadang-kala membuatkan kita terfikir "betul ke ni?". Bayangkan, kereta boleh hentikan bom dan selamat dari letupan bom a-la nuklear. Mesti lah tak logik kan? Jujurnya, kami merasakan inilah filem Fast & Furious paling gila dari segi aksi melibatkan kenderaan dan letupan, selain aksi yang tak putus-putus baik di darat, di udara mahupun dalam air. Apatah lagi, filem ini pun bukanlah filem terakhir. Lepas ini, ada filem Fast 11 pula. Yang itu tak tahulah bagaimana pula aksinya nanti.

Jangan lupa saksikan filem Fast X yang kini ditayangkan di pawagam. Dan jangan tinggalkan pawagam lebih awal kerana ada satu mid-credit scene yang mengesahkan kembalinya pelakon yang sebelum ini 'disingkirkan' akibat perbalahan dengan Vin Diesel.

PENILAIAN: 4/5 BINTANG

P/S: Jika anda sukakan review ini, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah. Sokongan anda amatlah kami hargai dalam usaha memberikan lebih banyak informasi yang menarik untuk bacaan anda.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post