Anda rasakan francais filem Fast & Furious bakal berakhir dengan filem Fast 11? Fikirkan semula.
Dalam satu perkembangan terbaharu, Vin Diesel menyatakan yang satu filem spin-off Fast & Furious ditunjangi watak-watak wanita sedang dibangunkan!
Ketika ditemuramah portal Variety di acara Charlize Theron Africa Outreach Project (CTAOP) baru-baru ini, Diesel menyatakan yang filem spin-off berlatarkan watak-watak wanita dari francais filem berkenaan akan dihasilkan. Diesel turut menyatakan yang apabila francais filem Fast & Furious berakhir tidak lama lagi, dia akan melancarkan `semua filem-filem spin-off´. Uish, bukan satu filem spin-off rupanya!
Tambah Diesel lagi;
I started developing the female spinoff…in 2017 with other spinoffs, and the sooner I deliver the finale, the sooner I can launch all the spinoffs.
BERKAITAN: Review Filem Fast X (2023) - Buku Bertemu Ruas!
Filem Fast X yang merupakan filem kesepuluh dalam francais utama Fast & Furious kini sedang ditayangkan di pawagam. Manakala filem seterusnya yang merupakan filem finale telah dijadualkan untuk tayangan pada 2025 nanti. Walau bagaimanapun, ura-ura penghasilan filem finale ketiga juga sedang kuat diperkatakan, apabila Diesel seolah-olah mengiyakan berita berkenaan.
Post a Comment