Chris Hemsworth, yang melakonkan watak Tyler Rake dalam filem terbaharu terbitan Netflix, iaitu Extraction 2, dan pengarah Sam Hargrave, kini berada di Manila untuk memulakan promosi tayangan perdana filem terbaharu mereka itu. Mereka berdua yang pertama kali menjejakkan kaki di Manila, disambut meriah dan bertemu dengan para selebriti tempatan, media, pempengaruh dan peminat, selain turut mengadakan sidang media selain acara red carpet tayangan perdana filem Extraction 2.

Ketika ditanya dalam sidang media pada semalam, Chris berkata;

I feel excited to be here. Thank you very much for the warm welcome.

Manakala Sam yang juga kelihatan turut teruja berada di Filipina turut berkongsikan rasa bangganya terhadap filem sambungan berkenaan. Tambahnya;

This is even bigger and larger and more exciting!

BERKAITAN: Netflix Perlihatkan Treler Filem Extraction 2, Tyler Rake Kembali!

Selain menyampaikan perkembangan terbaharu filem Extraction 2, mereka berdua turut berkongsikan adegan aksi yang ditonjolkan dalam filem terbaharu berkenaan. Chris berkongsikan yang antara perkara `gila´ yang dilakukannya untuk filem Extraction 2 adalah ketika melakukan aksi pendaratan helikopter di atas keretapi yang sedang bergerak. Tambah Sam pula;

We look at each other and we say how can we push each other to do something we will be proud of 10 years from now and try to make it something memorable for the fans.

Untuk sesi Tayangan Perdana APAC dan acara khas peminat untuk filem Extraction 2 tersebut, Chris dan Sam disambut lebih 800 peminat tempatan yang setia menanti kemunculan bintang pujaan mereka. Manakala pelakon yang terkenal di Malaysia, iaitu Aaron Aziz dan Iedil Dzuhrie Alaudin turut membuat kemunculan di pentas red carpet bersama-sama pelakon aksi terkenal Asia yang lain seperti Derek Ramsey dari Filipina, serta Ananda Everingham dan Nawat Kulrattanarak dari Thailand. Mereka juga terlibat dalam sesi bergambar khas di atas pentas bersama-sama Chris dan Sam.

Sebelum meninggalkan pentas, Chris memberikan pesanan khas buat para peminatnya;

Thank you so much for all your support and love for the first film. We appreciate your enthusiasm and excitement for the second one. We wouldn’t be here without you.

Filem Extraction 2 dijadualkan untuk tayangan di saluran Netflix pada 16 Jun 2023 ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post