Paramount dilaporkan sedang dalam perancangan untuk menghasilkan filem sambungan Transformers: Rise of the Beasts, dengan Steven Caple Jr. dilaporkan dalam perbincangan untuk bertindak sebagai pengarah.
Transformers: Rise of the Beasts yang kini sedang ditayangkan di pawagam, menerima sambutan berbelah bahagi di kalangan peminat filem aksi dan peminat tegar francais berkenaan. Rata-ratanya memberikan komen memuaskan, dan melihatkan kejutan mid credit scene tentang crossover satu lagi francais besar di bawah Hasbro, sekaligus membuatkan peminat ternanti-nantikan sambungan filem berkenaan.
Dalam podcast Crew Call kendalian Deadline, Caple Jr. memperincikan tawaran untuknya mengarahkan filem seterusnya dalam francais filem Transformers. Tambahnya lagi, beliau masih belum terpilih secara rasmi sebagai pengarah, namun mengesahkan yang sambungan filem berkenaan sedang dalam pembangunan.
Menjelaskan lagi tentang perkara tersebut, Caple berkata yang beliau `amat berminat´ untuk mengembangkan lagi adegan penutup filem Transformers: Rise of the Beasts, yang menyaksikan crossover event antara watak Transformers bersama satu lagi hakcipta milik Hasbro. Menurut Caple;
I have some ideas on how to branch out that part of the franchise. And if I could do this crossover that I plan on doing, I think there’s a way to still feed the fans what we want in Transformers films, and also do something cool with another legendary IP so to speak that I always fell in love with since [I was] a kid. And there’s parts of it and characters from that IP that we’ve never used before and I would be excited and thrilled to incorporate it and do something really cool and special.
Filem Transformers: Rise of the Beasts kini sedang giat ditayangkan di pawagam.
Post a Comment