Pelakon suara asal dari anime terkenal One Piece akan meminjamkan suara mereka untuk siri live-action One Piece, yang akan ditayangkan mulai 31 Ogos 2023 ini.
Peminat-peminat anime di Anime Expo 2023 Los Angeles merupakan antara yang pertama menyaksikan sedutan video di mana Mayumi Tanaka, pelakon suara asal watak Monkey D. Luffy, mengalu-alukan Iñaki Godoy dengan simbolik penyerahan topi jerami ikonik Luffy.
Senarai penuh pelakon suara asal siri live-action One Piece untuk versi bahasa Jepun adalah seperti Mayumi Tanaka (sebagai Monkey D. Luffy), Kazuya Nakai (sebagai Roronoa Zoro), Akemi Okamura (sebagai Nami), Kappei Yamaguchi (sebagai Usopp) dan Hiroaki Hirata (sebagai Sanji).
BERKAITAN: Pencipta ONE PIECE Eiichiro Oda Kongsikan Perkembangan Terbaharu Siri `Live-Action´ Di Netflix
Menurut Mayumi Tanaka;
I’ve been voicing Luffy for more than 23 years now, and I think everyone has a little bit of Luffy in their heart. Iñaki, who performs Luffy in this live-action series, is so fun and joyful that he really makes a perfect Luffy! I’m very happy to be able to voice Luffy in this adaptation as well. One Piece is a story whose words and images can resonate with you in different ways depending on your situation or perspective at any given moment, allowing for new discoveries all the time. And of course, nothing would bring me greater joy than if people who’ve never experienced One Piece can become part of the family beginning with this show.
Berdasarkan siri manga terlaris Jepun karya Eiichiro Oda, One Piece adalah pengembaraan laut lepas legenda tidak seperti yang lain. Monkey D. Luffy adalah seorang pengembara muda yang mendambakan kehidupan yang bebas sejak kecil lagi. Luffy bertolak dari kampung kecilnya dalam perjalanan berbahaya untuk menjejak khazanah dongeng legenda, One Piece, seterusnya menjadi Raja Lanun! Tetapi untuk menjejak harta terhebat itu, Luffy perlu mengumpulkan anak-anak kapal terlebih dahulu, mencari kapal untuk belayar, menjelajah setiap inci lautan biru yang luas, mengatasi pasukan Marines, dan menewaskan saingan berbahaya di setiap masa.
Siri live-action One Piece ini dibintangi oleh Iñaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp dan Taz Skylar sebagai Sanji. Siri ini dihasilkan dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix. Matt Owens dan Steven Maeda bertindak sebagai penulis, penerbit eksekutif, dan showrunners. Eiichiro Oda, Marty Adelstein, dan Becky Clements turut bertindak sebagai penerbit eksekutif. Pelakon lain yang tersenarai termasuklah Vincent Regan, Ilia Isorelýs Paulino, Morgan Davies, Aidan Scott, Langley Kirkwood, Jeff Ward, Celeste Loots, Alexander Maniatis, McKinley Belcher III, Craig Fairbrass, Steven Ward dan Chioma Umeala.
Post a Comment