Sempena meraikan Hari One Piece pada 22 Julai 2023 lalu, Netflix telah memperlihatkan treler rasmi siri live-action paling dinanti-nantikan, iaitu One Piece, beserta surat dari pencipta siri berkenaan, Eiichiro Oda.
Saksikan treler rasmi siri Netflix One Piece di bawah:
BERKAITAN: Pelakon Suara Asal Anime One Piece Tampil Dalam Adaptasi Live-Action Di Netflix
One Piece merupakan siri manga dengan rekod jualan tertinggi dalam sejarah, dan merupakan adaptasi live-action pertama untuk francais terkemuka tersebut. One Piece mengisahkan tentang Monkey D. Luffy, seorang pengembaraan yang juga merupakan ketua kepada kumpulan Straw Hat Pirates, yang mempunyai kebolehan luarbiasa untuk menukar bahagian badannya menjadi seumpama getah selepas memakan buah yang dikenali sebagai Devil Fruit. Dalam manga, beliau dan kumpulannya mengembara di lautan luas dalam usaha mencari harta karun legenda dikenali sebagai One Piece yang akan menobatkannya sebagai Raja Lanun.
Pencipta manga One Piece, Eiichiro Oda turut berkongsikan pandangan dan keterujaannya dengan penghasilan siri live-action berkenaan. Menurutnya:
Dibintangi Iñaki Godoy (sebagai Monkey D. Luffy), Mackenyu (sebagai Roronoa Zoro), Emily Rudd (sebagai Nami), Jacob Romero Gibson (sebagai Usopp) dan Taz Skylar (sebagai Sanji), One Piece merupakan pengembaraan lanun live-action yang dihasilkan dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix. Matt Owens dan Steven Maeda bertindak sebagai penulis skrip, penerbit eksekutif dan showrunners. Manakala Eiichiro Oda, Marty Adelstein, dan Becky Clements turut bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Siri Netflix One Piece akan ditayangkan mulai 31 Ogos 2023 ini.
Post a Comment