Lucasfilm telah memperlihatkan teaser treler terbaharu siri Disney+ Ahsoka yang sangat dinanti-nantikan, memberikan lebih gambaran tentang siri Star Wars berkenaan. Dua episod pertama siri Disney+ berkenaan akan mula ditayangkan pada 23 Ogos ini di saluran penstriman berkenaan. 

Saksikan teaser treler Ahsoka di bawah:

Video itu `mengusik´ pertemuan semula yang telah lama ditunggu-tunggu antara watak Star Wars: Rebels iaitu Ahsoka Tano, Hera Syndulla dan Sabine Wren ketika mereka sama-sama bekerjasama menentang musuh yang semakin ramai, yang sedang bersiap untuk kepulangan Grand Admiral Thrawn.

BERKAITAN: Treler Siri Disney+ Ahsoka Diperlihatkan, Tayangan Pada Ogos Ini

Ahsoka ditulis dan diterbitkan oleh Dave Filoni, yang terkenal dengan karyanya dalam dua rancangan animasi kegemaran peminat Star Wars iaitu The Clone Wars dan Rebels. Berlatarkan garis masa yang sama dengan siri The Mandalorian, siri ini berkisar tentang pencarian Jedi berkenaan merentasi galaksi untuk menyiasat ancaman yang muncul disebabkan kejatuhan Empire.

Selain Rosario Dawson yang melakonkan watak utama sebagai Ahsoka Tano, pelakon lain yang membarisi siri Ahsoka adalah seperti Natasha Liu Bordizzo (sebagai Sabine Wren), Mary Elizabeth Winstead (sebagai Hera Syndulla), Ray Stevenson (sebagai Baylan Skoll), Ivanna Sakhno (sebaagai Shin Hati), Diana Lee Inosanto (sebagai Morgan Elsbeth), David Tennant (sebagai Huyang), Lars Mikkelsen (sebagai Grand Admiral Thrawn) dan Eman Esfandi (sebagai Ezra Bridger).

Rosario Dawson sekali lagi melakonkan watak kesatria Jedi berkenaan, yang telah tampil sebelum ini dalam siri Disney+ The Mandalorian Musim 2. Selain itu, Temuera Morrison dilaporkan akan tampil dalam siri berkenaan dan melakonkan versi live-action Kapten Rex.

Siri Ahsoka dijadualkan untuk tayangan di Disney+ Hotstar pada 23 Ogos 2023 ini. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post