Kami baharu sahaja berkesempatan menonton menonton filem aksi ketenteraan tempatan iaitu MALBATT: Misi Bakara (2023) di Netflix, dan ini adalah review filem MALBATT: Misi Bakara dari kami.

Filem MALBATT: Misi Bakara adalah filem ketenteraan berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1993. Ianya menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, ibu negara Somalia, dalam kejadian seperti mana dipaparkan dalam filem Black Hawk Down. Namun, filem Black Hawk Down tidak memberikan keadilan sewajarnya kepada wira-wira negara, menyebabkan pengarah filem ini, Adrian Teh terpanggil untuk menghasilkan filem ini, yang mengambil inspirasi daripada kisah sebenar peperangan tersebut.

BERKAITAN: Saksikan Treler Rasmi Filem MALBATT: Misi Bakara - Berdasarkan Kisah Benar Black Hawk Down

Menonton filem MALBATT: Misi Bakara ini mampu meningkatkan semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia, mengenangkan pengorbanan wira negara di sebuah negara asing, yang boleh dikatakan sebagai the untold story yang jarang diketengahkan. Tindakan berani anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis memasuki kawasan musuh untuk misi menyelamat 70 anggota tentera Amerika Syarikat (US Rangers)  yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada 1993 selepas pesawat Black Hawk mereka ditembak jatuh.

Penonton pastinya merasa geram apabila melihatkan paparan awal bantuan yang ingin dihulurkan pasukan MALBATT dipandang rendah oleh pihak tentera US, yang memandang rendah keupayaan tentera negara malah tidak mengetahui pun di mana kedudukan Malaysia. Namun ini sedikit pun tidak mematahkan semangat pejuang negara untuk memastikan kejayaan misi berkenaan. 

Walaupun adegannya banyak bertumpu kepada elemen pertempuran dalam kenderaan APC, filem MALBATT : Misi Bakara masih sarat dengan elemen mendebarkan dan aksi pertarungan yang menarik. Sudut kamera yang menarik juga turut membantu menaikkan mood penonton semasa menonton filem ini, menunjukkan semangat juang tinggi, setia kawan dan keberanian yang tiada taranya dari pasukan MALBATT walaupun pasukan Pakistan yang pada awalnya lead the way menggunakan kereta kebal pun menarik diri di saat akhir, memaksa pasukan MALBATT sahaja yang memasuki kawasan musuh untuk melengkapkan misi menyelamat.

Filem MALBATT: Misi Bakara menampilkan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi dan Dafi Ismail Sabri. Kesemua mereka memainkan peranan yang amat baik, menampilkan emosi bercampur-baur dalam situasi tegang dan tak terjangka.


Kesimpulannya, filem MALBATT: Misi Bakara merupakan filem yang berjaya menampilkan ketabahan dan semangat waja pasukan keselamatan negara, yang walaupun berada dalam situasi sukar, masih mampu mengharungi cabaran untuk menyelesaikan misi dan mengharumkan nama negara. Nampaknya masih ada nashkah patriotik yang yang boleh dibanggakan untuk mengangkat semangat sayangkan negara di kalangan rakyat. Ini barulah fakta sebenar berbanding Black Hawk Down!

PENILAIAN: 4.5/5 BINTANG

P/S: Jika anda sukakan review ini, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah. Sokongan anda amatlah kami hargai dalam usaha memberikan lebih banyak informasi yang menarik untuk bacaan anda.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post