SPOTV yang merupakan anak syarikat Eclat Media Group dari Korea Selatan, dan memiliki saluran sukan nombor satu di Korea Selatan, SPOTV, selain turut bersiaran di negara Asia Tenggara terpillih seperti Malaysia (Astro, Unifi TV), Filipina (Cignal, Skycable), dan Singapura (Singtel TV, StarHub TV), kini dengan sukacita mengumumkan bahawa ia telah mendapatkan hak penyiaran untuk FIFA CLUB WORLD CUP 2023™ yang akan berlangsung dari 13 hingga 23 Disember 2023.
Peminat bola sepak bakal dihiburkan dengan aksi terbaik daripada pasukan terhebat dari seluruh dunia apabila juara Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia, Oceania dan Eropah bertemu di kejohanan bola sepak tahunan berprestij tersebut di Arab Saudi tahun ini.
Kesemua tujuh (7) perlawanan kejohanan tersebut akan disiarkan secara langsung di perkhidmatan penstriman milik SPOTV, SPOTV NOW, melalui peranti mudah alih, Android TV dan penstriman laman web. Tambahan pula, perlawanan akan disiarkan di Astro dan Unifi TV. Dengan kemudahan yang disediakan, peminat bola sepak boleh menonton kelab dan pemain kegemaran mereka, termasuk Urawa Reds (Jepun) yang memenangi Liga Juara-Juara AFC, Al Ahly FC (Mesir) yang memenangi Liga Juara-Juara CAF, Club León (Mexico) yang memenangi Piala Juara-Juara CONCACAF, Fluminense FC (Brazil) yang memenangi CONMEBOL Libertadores, Auckland City FC (New Zealand) yang memenangi Liga Juara-Juara OFC, Manchester City (England) yang memenangi Liga Juara-Juara UEFA, dan Al-Ittihad FC (Arab Saudi) sebagai tuan rumah.
Jadual Perlawanan FIFA CLUB WORLD CUP 2023™ adalah seperti berikut:
Post a Comment