Setelah lama menunggu, akhirnya peminat MCU bakal melihat Fantastic Four versi MCU secara rasmi di layar perak!

Marvel Studios mengumumkan pada semalam yang pelakon Pedro Pascal akan melakonkan watak Reed Richards/ Mr. Fantastic, Vanessa Kirby sebagai Sue Storm/ Invisible Woman, Joseph Quinn sebagai Johnny Storm/ Human Torch dan Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm/ the Thing untuk filem pasukan superhero terkenal dari panel komik Marvel berkenaan.

BERKAITAN: Filem Fantastic Four Akan Mulakan Penggambaran Pada Awal Tahun Hadapan

Selain itu, turut diumumkan adalah tarikh tayangan filem The Fantastic Four, yang dijadualkan pada 25 Julai 2025. Mengambil kesempatan dari pengumuman berkenaan juga, Marvel Studios mengumumkan tarikh tayangan baharu untuk filem Thunderbolts (iaitu pada 2 Mei 2025). 

Watak Fantastic Four dicipta oleh Stan Lee dan Jack Kirby pada tahun 1961, menampilkan keluarga superhero pertama Marvel dan menjadi antara pasukan paling dikenali dalam rangkaian syarikat komik tersebut. 

Filem The Fantastic Four diarahkan oleh Matt Shakman, dan penggambaran dijadualkan akan dimulakan pada musim panas ini (Mac). Matt Shakman tidak asing dengan filem MCU apabila turut bertindak sebagai pengarah siri Disney+ WandaVision sebelum ini. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post