Pengarah filem live-action Naruto dilaporkan telahpun ditemui!

Menurut laporan The Hollywood Reporter, pengarah yang terpilih untuk mengarahkan filem Naruto berkenaan tidak lain dan tidak bukan adalah Destin Daniel Cretton (yang sebelum ini mengarahkan filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings).

BERKAITAN: Filem Live-Action Naruto Bakal Dihasilkan?

Pencipta Naruto, Masashi Kishimoto turut dilaporkan telah memberikan lampu hijau terhadap pemilihan pengarah, dan beliau telah memberikan kenyataan seperti berikut:

When I heard of Destin’s attachment, it happened to be right after watching a blockbuster action film of his, and I thought he would be the perfect director for Naruto. After enjoying his other films and understanding that his forte is in creating solid dramas about people, I became convinced that there is no other director for Naruto. In actually meeting Destin, I also found him to be an open-minded director who was willing to embrace my input, and felt strongly that we would be able to cooperate together in the production process.

Selain bertindak sebagai penulis skrip dan pengarah, Cretton turut dilaporkan bertindak sebagai penerbit. Filem adaptasi berkenaan akan diterbitkan melalui syarikat miliknya, Hisako disamping Jeyun Munford. 

Naruto merupakan siri manga dan anime terkenal yang dicipta oleh Masashi Kishimoto. Manga ini membuat penampilan sulungnya dalam Weekly Shonen Jump pada September 1999 dan diterbitkan sehinggalah November 2014.

Siri Naruto mengisahkan tentang pengembaraan seorang ninja muda bernama Uzumaki Naruto dan usaha kerasnya untuk menjadi Hokage, menentang ninja jahat yang mengancam keselamatan kampung, Konoha — dan mengetepikan pandangan serong masyarakat yang menganggapnya sebagai ancaman kerana menyimpan kuasa pemusnah rubah berekor sembilan (Kyuubi) bernama Kurama dalam dirinya. Siri ini mencapai populariti mengagumkan di seluruh dunia, dan telah menghasilkan beberapa filem, permainan video dan banyak lagi.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post