Astro Shaw baharu sahaja memperlihatkan treler teaser untuk filem Kahar Kapla High Council, yang merupakan prekuel kepada siri TV Projek: High Council yang mendapat sambutan menggalakkan dari penonton.

Saksikan treler teaser filem Kahar Kapla High Council di bawah:

Filem Kahar Kapla High Council diarahkan oleh Razaisyam Rashid, menampilkan Amir Ahnaf yang kembali sebagai Kahar seperti mana wataknya dalam siri TV Projek: High Council. Selain itu. filem ini turut menampilkan Aedy Ashraf (sebagai Beja), Sky Iskandar (sebagai Megat), Thompson Goh (sebagai Li) dan Khenobu (sebagai Jojo).

Filem Kahar Kapla High Council dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada November 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post