PREPARE TO BE ENTERTAINED.

Paramount dan United International Pictures telah memperlihatkan treler filem terbaharu mereka, iaitu Gladiator II.

Saksikan treler filem Gladiator II di bawah:

BERKAITAN: Tarikh Tayangan Filem Gladiator 2 Diumumkan

Setelah tertangguh sekian lama, akhirnya filem Gladiator II kini sedia ditayangkan. Merupakan sekuel kepada filem Gladiator (2000), ianya mengisahkan tentang Lucius, bekas pewaris kerajaan Rom, yang menjadi seorang gladiator selepas rumahnya dijajah oleh tentera Rom diketuai Jeneral Marcus Acacius, sewaktu kekuasaan Maharaja Caracalla dan Geta.

Filem Gladiator II dibintangi oleh Paul Mescal, Pedro Pascal, Denzel Washington, Connie Nielsen, Joseph Quinn dan Fred Hechinger.

Diarahkan oleh Ridley Scott, filem Gladiator II dijadualkan untuk tayangan di pawagam tempatan pada 14 November 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post