Sony Pictures telah memperlihatkan treler terbaharu filem Kraven the Hunter, menampilkan Aaron Taylor-Johnson sebagai watak pemburu yang merupakan antara villain utama dari panel komik Spider-Man.

Saksikan treler terbaharu filem Kraven the Hunter di bawah:

BERKAITAN: Treler Filem Kraven The Hunter Diperlihatkan, Papar Sisi Ganas `Villain´ Spider-Man Berkenaan!

Daripada treler terbaharu ini, peminat filem akan dapat menyaksikan watak Rhino yang lebih comic-accurate. Alessandro Nivola akan tampil melakonkan watak Aleksei Sytsevich / Rhino dalam filem Kraven the Hunter ini.

Selain Aaron Taylor-Johnson yang membawakan watak imigran Rusia bernama Sergei Kravinoff/ Kraven, filem Kraven the Hunter turut menampilkan pelakon seperti Fred Hechinger (sebagai Chameleon), Ariana DeBose (sebagai Calypso), Russell Crowe (sebagai bapa Kraven) dan Levi Miller.

Filem Kraven the Hunter diarahkan oleh J.C. Chandor, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 13 Disember 2024.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post