A NEW ERA IS BORN

Tahun hadapan, tiga tahun selepas trilogi filem Jurassic World `ditutup´ dengan setiap satunya mengatasi jumlah kutipan USD1 bilion di box office antarabangsa, siri filem Jurassic dikembangkan lagi dengan dimensi baharu dalam filem terbaharu, iaitu Jurassic World Rebirth

Berdasarkan watak-watak ciptaan Michael Crichton, filem Jurassic World Rebirth menyaksikan sepasukan saintis mengejar masa untuk mendapatkan sampel DNA dari tiga makhluk raksasa merentas darat, laut dan udara.

Filem Jurassic World Rebirth dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Scarlett Johansson, Mahershala Ali, Jonathan Bailey, Rupert Friend, Manuel Garcia-Rulfo, Luna Blaise, David Iacono, Audrina Miranda, Philippine Velge, Bechir Sylvain, dan Ed Skrein.

Diarahkan oleh Gareth Edwards, filem Jurassic World Rebirth dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 3 Julai 2025.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post