Setelah sekian lama menanti, akhirnya Marvel Studios telah memperlihatkan treler teaser untuk filem yang dinanti-nantikan, iaitu The Fantastic Four: First Steps.
Filem The Fantastic Four: First Steps memperkenalkan keluarga superhero pertama Marvel ke layar perak, yang sebelum ini tidak dapat ditampilkan akibat kekangan hak tayangan. Berlatarkan era retro-futuristik Bumi di tahun 60-an, filem The Fantastic Four: First Steps ini menampilkan pasukan Fantastic Four menyerupai penampilan pertama mereka dalam komik karya Jack Kirby dan Stan Lee, seperti mana dapat disaksikan dalam treler berkenaan.
Filem The Fantastic Four: First Steps menampilkan Pedro Pascal sebagai Reed Richards / Mister Fantastic,Vanessa Kirby sebagai Sue Storm / Invisible Woman, Joseph Quinn sebagai Johnny Storm / Human Torch, dan Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm / The Thing, selain turut menampilkan Ralph Ineson sebagai Galactus dan Julia Garner sebagai Shalla-Bal / Silver Surfer.
Filem The Fantastic Four: First Steps diarahkan oleh Matt Shakman, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 25 Julai 2025, menandakan bermulanya MCU Fasa 6.
Post a Comment